Thursday, 22 May 2014

Stripe



STRIPE salah satu kumpulan lagenda Heavy Metal di kajang ,angotai oleh  Razzey, Dan Rozz , Razzey adalah bekas kepada permain gitar dan Rozz bekas permain Drum dari kumpulan Bloodshed pada era awal,  Stripe merakamkan album  Pertama mereka bertajuk Kuasa pada tahun 1987, Album ini mendapat sambutan pada era itu, selain bermainkan muzik Heavy Metal ,Stripe juga sangat berbakat untuk mencipta lagu balada yang komersial pada era 80an.  lagu hebat mereka seperti, Berilah aku kesempatan, dan Cinta Yang Ternoda lagu ini menjadi Hit waktu itu, Tidak kurang juga hebat lagu berentakkan Heavy Metal mereka seperti Kuasa, Dan Sejarah,  keseluruhan lagu-lagu di Album ini adalah terbaik. 


Razzey selaku permain gitar dan menyanyi lagu - lagu kumpulan ini,  kebanyakkan lagu di nyanyikan oleh Razzey kecuali Lagu Cinta Yang ternoda, Dinyanyikan oleh Permain keyboard iaitu Lan , selain itu Stripe juga mengunakan permain Bass yang berbangsa India ,Iaitu Jaya kumar, kesemua mereka adalah kaki tangan Maybank,  

Album ke2 mereka diterbitkan pada tahun 1992, lagu hit mereka seperti Melati.  didalam album itu Razzey(G), Nan (K) , Aridan(V) , Rahmat (B) dan Rozz(D).

Stripe kini masih aktif bersama bermain di pertujukan pentas, untuk majlis-majlis V.I.P di Maybank back up band untuk show artist-artist ternama di Malaysia , Stripe kini mengunakan nama MAYSTRIPES.  mereka kini menjadi pemuzik yang sangat Professional

Untuk mengikuti perkembangan Maystripes di sini - 
https://www.facebook.com/pages/Maystripes/118169484874196?fref=ts



Dari Kiri Jaya Kumar, Rozz ,Lan dan Razzey









Album kedua

No comments:

Post a Comment