Wednesday, 21 May 2014

Antacid



ANTACID ditubuhkan pada tahun 2003 , diasaskan oleh Rex (G) dari Kampong Sungai Ramal dan Iron Speed (D) dari Kampong Bukit Dukung,  muzik mereka berkonsepkan Thrash Metal, pada tahun 2003 pada tahun itu mereka bersama beberapa anggota lain seperti 1,2 Kill (G2) dari kampong Sungai Ramal dan Thunderbolt (B) dari Balakong selepas latihan bersama mereka bertemu dengan Sen Nightcrawler(V) dari batu 10 cheras kajang, pada Jun 2003, di situ terjadinya Antacid, sebelum Antacid mereka mengunakan nama ANTIX, (Next Review), 



Pada Jun 2003 Antacid merakamkan demo pertama mereka secara rehearsal tape. dengan tajuk Living In Disorder. dikeluarkan dalam beberapa keping kaset untuk rakan-rakan dan penganjur-pengajur pentas Gig , salah satu promosi mereka  pada tahun itu , tidak seperti di zaman sekarang mudah hanya mengunakan Internet sahaja,  November 2003 Antacid berpeluang bermain salah satu gig khas untuk band-band Kajang tidak kira apa jenis Muzik, gig ini dilangsungkan di Kuala Lumpur.
  
Tahun 2004 mereka merakamkan demo ke2 mereka dengan sound studio, yang bertajuk Thrashing Mania, di tahun itu mereka mendapat tawaran bermain Gig Metal di Ipoh. bersama beberapa band Underground di waktu itu.  Antacid merupakan salah satu permulaan pemuzik Old Skool di Kajang, mahu pun di Malaysia , selepas Era Heavy Metal/Thrash Metal 80an, dihentikan , mereka mengunakan pakaian dan fesyen berseluar ketat, dan merah seperti di era 80'an , dan kasut Aliph (sekarang dah mahal kasut ni dan menjadi trend pun). Antacid menjadi satu fenomena di saluran muzik underground pada ketika itu. bukan sahaja dengan muzik yang betul malahan menjadi ikut-ikutan oleh band dan peminat muzik old skool bawah tanah ketika itu. 

2005 mereka terlibat didalam kompilasi bersama band dari luar negara,  bersama band Italy, Sweden , dan German  

Di Tahun 2006 mereka mengeluarkan demo studio ke3 mereka yang bertajuk Steel Thrashing Massacre, dan salah satu track dimuatkan dalam demo ini dinyanyikan oleh band lagenda dari jepun iaitu Sabbat. demo ini mendapat perhatian di seluruh dunia, laris penjualan di Jepun. dikeluarkan dalam format kaset

Mereka mendapat tawaran meriliskan Piring Hitam (LP) oleh label dari German, pada tahun 2008. diambil dari demo-demo mereka dikeluarkan secara kompilasi. bertajuk Atomik Thrashing Acid


Pada tahun 2009 mereka menerima tawaran mengeluarkan Split Album bersama kumpulan Heatred dari Colombia, album Ini di riliskan oleh label dari China. 

2010 album kompilasi Atomik Thrashing Acid di keluarkan didalam format CD oleh label dari Jepun.  didalam tahun yang sama vocalist mereka meningalkan kumpulan , mereka terpaksa berdiamkan diri kerana ketiadaan penyanyi tetap. dan memberi peluang kepada pemuzik lain dan ahli mereka sendiri untuk membuat project band seperti Nuclear Strikes (Next Review), Lobotomy(next review)

Pada tahun 2015 Antacid akan kembali beraksi semula dengan vocalist baru mereka , dan akan merencanakan Album pada masa akan datang. nantikan !!

Antara Cover Album Mereka
Anda boleh Ikuti mereka di fanpage ini
Facebook - https://www.facebook.com/pages/Antacid-Official/473460506020132?ref=hl
websitehttp://antacidmania.webs.com/

No comments:

Post a Comment